BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, October 24, 2009

Aku Tak Cinta

Fajar mentari telah pergi menerangi hatiku
Bulan purnama jua hilang diselebungi awan memutih
Laut yang dulu tenang jua pantai yang menderu
Kini tidak lagi sewperti jiwaku yang kosong
Aku menanti bagai pungguk mengharapkan bulan di siang hari
Aku mengharapkan kehijaun rimbunan itu
Namun luntur dedaun kering berguguran
Seakan hilang memori kita di situ,bercinta
Masihkah kau ingat, entah-entah tidak lagi

Hari yang berlalu jua saat yang berdesir
Segersang padang pasir untuk aku jelajahi
Maafkan aku untuk kali ini
Haruman cinta sakura kita tiada lagi
Aku tak cinta semalam ,lusa dan kelmarin
Aku mengharapkan cinta sama kita dahulu
Rasa benci ini mula membakar dalam diri
Menambahkan keperitan aku untuk mencintaimu
Aku akui didiku yang penuh kehinaan, aku sedar
Kalau semalam kita bercinta dengan gembira
Pastinya hari ini musnahnya sebuah cinta dengan penuh kedukaan

Maafkan aku
Aku tak cinta
Bukan cinta milik kau, hanya rasa benci
Menyelubungi dirimu, aku tak mampu, aku tak rindu
Maafkan aku kerana aku tak cinta.

Cintaaaa.................!!!!!!!!

Kadang2 aku sendiri tak faham apa sebenarnya cinta tu.Bagi aku cintalah yang membuatkan seorang insan baru dilahirkan dan kerana cinta jualah dunia kita ini bolehlah dikategorikan sebagai aman.Tapi bagi insan seperti aku pulak,cinta membuatkan seseorang menjadi lebih dewasa dan lebih matang, apa taknya cinta membuatkan seseorang perlu memahami insan yang dicintai dan perlu gak menjaga hati orang yang dicintai.Pelik dan hairan aku tengok apabila orang sekarang ni suka buat hubungan sejenislah entah tah hapa-hapa.Setiap orang pastinya ada pasangan sendiri tak kisahlah orang tu cantik ataupun tak berapa cantik.Cantik luaran tapi kalau hati tu busuk buat apa.So carilah seseorang yang cantik kat dalam hati walaupun kurang cantik kat luaran.Cinta ni kan buta,pekak dan bisu.Tak de sesiapa yang boleh menghalang kehebatan cinta tu sendiri.Semuanya dah lama ditentukan oleh tuhan.Percayalah.............................

Monday, October 19, 2009

Aku Telah Dilukai

Hari ini kau sendiri telah menabur janji setiamu padaku
Aku percaya kerana aku tak pernah serik untuk menyintaimu
Aku mengakui cinta selamanya hanyalah untuk dirimu
Tiada yang lain dapat menjadi insan sepertimu
Engkaulah puteriku bidadariku khayalan
Insan teristimewa buatku
Lafaz cinta hanyalah untuk dirimu
Jua kata setia kulafazkan hanyalah untuk dirimu seorang
Tapi hari ini jua kaulafazkan kata putus
Pemisah hati kita
Kau yang curangi cintaku
Kenapa dahulu engkau akui tiada berteman
Tiada insan istimewa selain aku
Atau sekadar engkau hanya ingin mengikis kekayaanku
Atau aku hanyalah boneka untuk engkau mainkan waktu engkau kesepian
Atau aku lebih layak diperbodohkan olehmu
Siapa aku di hatimu
Dan siapa pula dia di hatimu
Engkau nyata hipokrit
Penipu! aku telah diluka
Nyata bodoh bagi insan yang mencintaimu
Percayalah
Aku mengaku jua hina mencintaimu

Cinta Remejaaaa...

Romantikkah sebuah cinta bagi seorang remaja yang baru mengenali dunia?
Kalau cinta pun semestinya hanyalah sebuah cinta monyet,betul kan?
Aku sendiri pun pernah bercinta dahulu tapi sekarang cinta tu dah tiada lagi bagi aku!
Seolah-olah aku dah serik,ditipu dan dipermainkan dengan seorang insan yang selalu kuanggap seperti bidadari yg memberi cinta kepadaku.Cinta memang sesuatu yang boleh anggap suatu kuasa yang hebat.Apa taknya,insan yang dicintai pastinya dirindui walaupun baru sehari tak jumpa.Aku sendiri pernah merasai semua tu dulu,sekarang lebih baik aku lupakan cinta yang aku sendiri ingkari.Kononnya 'I LOVE YOU FOREVER" tapi semua tu hanyalah angan2 bagi aku.