BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, January 24, 2011

Welcome to the exotic world of Tree ARmanah!!

The Tarzane of Tree Armanah
-The King

Ciri-ciri:Spesies orang asli yang berambut keriting dari Jawa Timur yang diimport khas ke dalam Tree                   Armanah
            :Dianugerahkan pelbagai jenis pangkat.Yang paling femes .......THE NERD!!
            :Mengetuai angkatan perang Tree Armanah
            :Memiliki senjata khas semulajadi dari perut yang aromanya......ahh cukup mengagumkan!!

Sifat-sifat:Spesies paling bodoh dan hodoh jika dibandingkan spesies lain
              :Kaki meja
              :Memiliki mulut seperti enjin bot yang dah nak mampus
              :Spesies yang perasan paling hensem
              :Jiwang karat,yang sebenarnya tak karat

Sunway Pyramid Head Blur Monster

Ciri-ciri:Rasaksa yang berjaya diseludup masuk dari Zaman Prasejarah
            :Berkepala piramid
            :Rasaksa yang mempunyai tindak balas yang lambat,kalau diserang sekalipun ,dia .....ahhhh         
             (blur memanjang,tapi tak tau kat umah camne)
            :Rasaksa yang lambat pikap dan sentiasa memastikan piramid di atas kepalanya tidak runtuh
             (hobi)

Sifat-sifat:Rasaksa yang perasan hensem
              :Mungkin piramid terlalu berat di atas kepalanya,dia tak mampu nak wat pe dan befikir agaknya
              :Rasaksa yang suka kontrol macho
               (tapi sebenarnya tak macho,aku lagi macho)
              :Mengidam untuk meletakkan piramid Giza di Mesir di atas kepalanya.

Experimental Organism

Ciri-ciri:Sel yang masih di bawah kajian dan memerlukan masa untuk mengetahui ciri2 fizikalnya
            :Sel yang berkaca mata,tinggiii dan berambut se-olah2 cap
            (aerodinamik agaknya)
            :Sel ini jugak berwarna coklat dan enak untuk dimakan,namun baru-baru ini terdapat perisa baru
            yang dicampurkan bersama(dapatkanlah sekarang,Milky choc)
Sifat-sifat:Sel yang sesuai menjadi ketua angkatan tentera semakhluk dengannya
              :Sel yang suka mengembangkan hidung dan lubang2 yang sewaktu dengannya
              :Mempunyai tabiat ketawa buka mulut se-luas2nya dan se-kembang2 hidungnya
              :Antara sel yang paling berat punggung
              (ade punggung ke ko?)

Black and white Microorganism 


Ciri-ciri:Makhluk kecil yang kelihatan comel dan bersaiz  rendah,sebenarnya ganas dari dalam.
            :Black waktu dia evil,white waktu dia angel,inilah makhluk yang perlu dilindungi sebaiknya kerana    
             diancam kepupusan
            :Membantu The King mengetuai tentera Tree Armanah menewaskan makhluk lain
            :Memiliki senjata utama rahsia apabila marah iaitu vibration yang tinggi akan masuk ke dalam telinga
             yang boleh memusnahkan eardrum
Sifat-sifat:Makhluk yang membisukan diri di belakang dan memerlukan mikrofon umtuk mendengar suaranya
               :Mesin penyedut hampagas bergerak
               :Makhluk yang mudah merajuk apabila diusik
               (normal bagi makhluk yang diancam kepupusan)
               :Makhluk yang paling baik jika dibandingkan dengan makhluk lain

Madame Along de Jolie

Ciri-ciri:Ahli sihir tua yang berketinggian sederhana yang amat suka mengutip wang(hobi)
            :Akibat terkena sumpahan,bibirnya telah mengembang 2 kali ganda dari saiz sebenar
             (sungguh kasihan)
            :Masuh mencari penawar untuk mengembalikan rupa bentuk bibirnya semula
            :Diberi persaman dengan Angelina Jolie(rasanya tak sama langsung)dan diiktiraf sebagai kawan
             Justin Bibir
Sifat-sifat:Ahli sihir tua yang sangat malas
              :Suka melekat lekit dengan makhlik jantan yang lain
              :Mempunyai lafaz ketawa yang sangat tinggi skala-richternya
              :Membaca jampi sampah apabila makhluk lain enggan menyerahkan duit yang dimiliki

Maid Maiden de Raughby

Ciri-ciri:Gadis malang kematian katak kesayangan untuk dicium menjadi seorang putera buncit
            :Bersaiz sederhana dan agak gemuk dari dalam(kurus sangat bukan slim)
            :Masih mencari katak yang baru walaupun tak tahu katak yang dicari betul2 boleh berubah
             menjadi seorang putera(hobi)
            :Seorang maid yang bijak mengenal pasti jantan betina siput babi untuk dibuat lauk
Sifat-sifat:Maid yang terbaik dari ladang
              :Suka membantu The King membuat kerja
              :Tersangat amat pemalu untuk........korang fikirlah sendiri
              :Sentiasa mengharapkan katak yang mati hidup semula
              :Selalu memohon bantuan Madame untuk menghidupakan katak yang mati


Arenknown Spooky Alien

Ciri-ciri:Alien yang memakai sut lengkap berwarna kuning dan mempunyai 2 tangan dan 2 kaki
            :Alien yang sederhana ketinggiannya dan memiliki skil menyapu yang terbaik
            :Turut dianugerahkan 'Si Gadis Penyapu'
            :Alien yang masih men-cari2 nama yang sesuai di pusat sumber dan telah banyak kali dihantar
             ke pusat psikiatri untuk rawatan
Sifat-sifat:Alien yang rajin mencari nama
              :Mempunyai geng2 yang lebih aneh daripadanya
              :Alien yang automatik bergerak sendiritanpa perlu diberi arahan(seperti membunuh diri)
              :Alien yang sputing dan sesuai untuk bekerjasama
               (terpaksa bantu cari nama yang sesuai untuknya)

Silver Tooth Girl

Ciri-ciri:Superhero wanita pertama Malaysia yang reti terbang kerana melebihi had muatan di giginya
            :Serangan untuk menewaskan pihak musuh adalah dengan memancarkan cahaya silau dari giginya
             atau dengan menggunakan bom tahi gigi gangsanya(sungguh berbahaya)
            :Namun,ramai orang melarikan diri daripadanya kerana terlalu silau apabila berbual dengannya
Sifat-sifat:Superhero wanita yang malas berusaha untuk terbang(berat sangat giginya)
              :Superhero wanita yang suka ponteng dari kelas belajar terbang(malu agaknya)
              :Mempunyai habit yang buruk,ketawa yang boleh membawa maut kepada orang lain
              (cahaya silau terpancar lalu membunuh orang lain)
              :Sangat beria dan gedik juga perasan lawa

100 Years Iron Bones Lady

Ciri-ciri:Nenek tua yang terbantut dan gemar memakai baju kurung berwarna kuning
            :Diberi gelaran DIGI
            :Nenek tua yang masih dara dan tak ada sesiapa mahu berkahwin dengannya
            :Menjadi duta susu Anlene kerana memiliki tulang yang sangat kuat untuk beraksi
Sifat-sifat:Nyanyuk dan suka mempromosi susu Anlene
               :Memiliki tulang yang kuat,tetapi gigi rapuh dan hancur
               :Perasan lawa tapi sebenarnya dah berusia
               :Agak malas bergerak walaupun tahu dirinya memiliki tulang yang kuat
               :Peminat no. 1 DIGI

Little Chicken 4 Wives

Ciri-ciri:Spesies ayam yang berjaya diselamatkan semasa zaman kekejaman tentera Nazi
            (dapat melarikan didi daripada menjadi santapan tentera Nazi)
            :Mempunyai 4 bini,namun telah mati semasa peperangan tersebut
            (kerana nak menyelamatkan si suami tang pengecut)
            :Ayam yang sangat bahaya dan sekarang masih mencari pengganti ke-empat2 bininya
            (untuk perniagaan gelapnya,mak nyah pun dia sapu)
            :Spesies ayam yang terbantut dan sedang sibuk dengan perniagaan 'anak2'ayamnya
Sifat-sifat:Mempunyai mulut yang sama dengan buntutnya(tapi tak berbau)
              :Ayam yang loyamg buruk
              :Ayam yang suka cari gaduh dengan spesies betina bukan jantan
              (sebenarnya inilah cara dia nak mengurat)
              :Amat sesuai dimasukkan ke sarkas untuk membuat persembahan lawaknya
              :Menjadi buruan 'tauke ayam' untuk disembelih dan dijual di pasaran

W

Friday, September 3, 2010

Hari ini kita merdeka

Sebelum kita terlupa
tentang sesuatu yang terpahat dalam ingatan kita
tentang kebenaran dalam simpulan kebebasan kita
dan telah menjadi sejarah dalam hidup manusia Malaysia
Siapa yang harus kita persalahkan
dan kenapa kita harus persalahkan
tentang kebenaran yang tak mungkin kita nafikan
Siapa kita jika persoalkan tentang kemerdekaan
dan siapa kita jika bertanyakan tentang saat kemerdekaan
Bukan bangsa yang satu jika mengabaikan
bukan warga yang gemilang jika kita terlupa
akan kebebasan kita
Jangan jadi Melayu durhaka
terhadap tanah tumpah darah sendiri.

Benar kata Hang Tuah
takkan Melayu hilang di dunia
namun jika diperalat maruah bangsa kita
jangan sesekali kita rebah dalam dunia penuh dosa
Lepaskan diri dari belenggu kemewahan dan kekayaan
jika kita sendiri tak mampu perjuangkan maruah kita
jika kita sendiri dihambat oleh penipuan anasir Barat
yang menjauhkan diri kita menyedari diri sendiri
usah dibelenggu rasa riak dan bangga
jangan terlupa hari kita
hari kita megah di mata dunia
dan usah sesekali kita korbankan
hari kita merdeka untuk kepentingan diri kita
dan jadilah bangsa yang mendaulatkan
tanah air kita sendiri.

Terima kasih Tunku Abdul Rahman
terima kasih rombongan Tanah Melayu kita ke London
jauh di ufuk dunia kauperjuangkan kemerdekaan negara kita
dan kenapa tidak kita mengharumkan nama Malaysia
kita perjuangkan sama-sama bangunkan bersama
Kita cari sama-sama kehebatan kita
agar tidak dipandang hina bangsa Penjajah
seandainya kita boleh merdeka
kenapa kita tutup mata dengan kebolehan kita
dan membiarkan mereka menghina kita pula
Seandainya hari merdeka ini seperti biasa
ayuh kita lakukan magis dan bukan tragis
kita satukan seluruh tenaga
kita satukan seluruh bangsa kita
mari kita tentang habis-habisan
dan kita tegakkan semula maruah kita
agar tidak terkebumi di tanah air sendiri.

Jika kita teringat tentang sewaktu masa lalu
usah kita ulangi kesilapan kita lagi
biar jadi tauladan dan bukan untuk ulangan
untuk anak-anak kita yang sudah merdeka
Biar jerit perih dan seksa kita laluinya
dan bukan untuk generasi yang kita wariskan
sebuah kemerdekaan dan kebebasan
Jika hari ini kita merdeka
biarlah sehingga akhirnya kekal merdeka
biarlah sehingga darah ke titisan terakhir
kita menegakkan maruah dan harta kita
Jika kita lupakan tentang erti kemerdekaan
kita bukanlah bangsa yang sudah bebas sebenarnya
hayatilah pengertiannya dan pengorbanan mereka
jika kita mahukan kemerdekaan sampai bila-bila
Ingatlah pada hari kita merdeka..............

Wednesday, August 4, 2010

Mereka Yang AKU kenali sebagai kawan

Bagi aku,seseorang yang waras fikirannya akan hidup dengan dengan kawan2 yang banyaknya tak terkira.Kawan bagi mereka tempat untuk melepaskan apa sahaja perasaan sama ada perasaan sedih,sedih?Atau hanya mencari bila happy sangat.Aku sendiri hairan dengan persepsi mereka ni.Atau aku sendiri yang selalu bersangka buruk terhadap mereka.Salah ke untuk kita bersangka buruk macam tu.Bukan apa,cuma kadang2 terasa seperti dipergunakan dan seperti sampah yang ada di tepi jalan.Mudah terbang ke sana dan ke mari.Aku tak mahu hanya dianggap seperti begitu.Seolah-olah aku sendiri tak mempunyai perasaan.Tak kisahlah macam mana sekalipun aku dianggap,cukuplah rasa dihargai ataupun dibiarkan sebegitu sahaja.Tak terasa susah hidup macam tu.

Dan aku nak korang sendiri nilaikan sama ada apa yang aku nak ceritakan sesuai dianggap kawan ataupun tidak.First sekali,aku teringin nak cerita sesuatu tentang beberapa insan yang aku sendiri gelar sebagai kawan.Mestilah rakan sekelas aku sendiri.Mereka ini bukan 1 hari aku kenal,tapi dah nak dekat 3 tahun aku berdamping dengan mereka ni.Aku tak berniat nak mengutuk atau nak cari pasal dengan sesiapa.Sekadar nak cerita.Ya,aku sedar memang aku tak berapa reti nak main bola,tapi diorang dok ajak main sesama mereka dan tak pernah nak mengendah pasal aku.Tak pernah mereka ni teringin nak ajak aku main sesama ke.Diorang tak pernah nak menjaga hati kawan2 sendiri.Yelah,siapalah aku kalau nak dibandingkan dengan mereka semua tu.Aku memang tak layak nak join mereka semua tu.Aku sedar dengan kekurangan aku.Aku tak pernah nak terfikir yang aku ni ni terlalu merendah diri atau nak menjauhkan diri dari mereka.

Aku jadi seorang yang macam ni selepas seorang manusia yang aku kenali sebagai kawan telah menipu aku dan menyakitkan hati aku.Sebabkan dia,aku jadi lebih ber-hati2 untuk berkawan dan mempercayai mereka yang aku kenali sebagai kawan.Aku bukan nak hidup sorang-sorang ke,tapi.............

Thursday, July 8, 2010

Aku yang selamba..............

Ya aku sendiri mengakui memang aku dah lama meninggalkan dunia blog aku disebabkan masalah yang aku sendiri cari.Aku tak mahu kata yang aku ni yang terlalu mengikut perasaan,tapi orang yang mengenali aku pasti tahu siapa aku yang sebenarnya.Aku akui memang aku ni NERD,SKEMA dan macam2 lagi perkataan yang sesuai dengan sifat aku sendiri.Well,you know,I'm lonelyalone dah macam terbiasa hidup dalam dunia yang aku sendiri angankan.Bagi aku,aku sendiri tak tahu macam hidup sebagai seorang remaja yang aktif dalam bidang yang diceburi.Aku,hidup aku bolehlah diumpamakan seperti buku yang dah tercetak pelbagai kekurangan.Mungkn tersalah cetak agaknya.Tapi aku sendiri memang akui dengan segala kelemahan diri aku.Siapalah aku kalau nak dibandingkan dengan kawan aku yang lain.Aku tak pernah cemburu denga mereka,cuma biasalah semua orang pernah cuba untk buat yang terbaik dalam hidup masing2.Cam aku jugak,tapi apa boleh buat.Aku tak kisah.Aiman tak kisah,tak gitu.Aku kena teruskan hidup aku yang penuh dengan kebosanan dan kekosongan.Kalau nak sedih pun tak ada maknanya sebab aku pun dah letih menangis sendirian setiap kali aku dok fikir pasal ni.

Aku tak pernah kesal denfan hidup dan pendirian aku ni.Aku ada hak untuk tentukan macam mana hidup yang aku inginkan.NERD ke,SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN ke,atau jenis yang selamba ROCK.Aku pun tak kisah kalau orang nak kutuk aku macam mana pun.Mulut orang takkan aku nak belasah cukup2 sampai lebam,takkanlah.Aku pun tak naklah lebih2 lagipun mulut aku pun dah kena GAM sebab adalah makhluk tuhan yang tak puas hati dengan apa yang aku cakap.So sekarang ni aku kenalah jaga sikit mulut aku dari tersembur ayat2 yang pedas gitu.NERD-NERD pun ada jugak yang sakit hati ngan aku.Pelik tapi benar gitu.Well,aku sendiri pun heran dengan orang yang terasa tu.Takpelah,kepada pihak yang berkenaan,aku mintak maaf banyak2 setinggi Burj Dubai dan se-dalam2 lautan Pasifik.Bagi aku,aku dah cukup puas hati dengan hidup aku sekarang.Hidup yang selamba atau NERD tak semestinya tak boleh bahagia seperti aku sekarang.Harap2 tak tersenarailah aku  untuk dimasukan ke dalam Hospital Bahagia nanti.Wohahhaha.

Tuesday, February 9, 2010

-Cinta D.O.R.A.E.M.O.N.-

Cinta Embun
-embun,mengikut fakta sejarah Melayu,embin jantan dan embun betina.Embun memiliki nama saintifik yang tersendiri  setelah ber-alaf2 lamanya menjalankan kajian iaitu 'embunojantino' dan 'embunibertani'.Agak unik embun ni kan.
-cinta ini boleh dikaitkan dengan hubungan yang sentiasa 'cool',relaks,selamba dan tenang selalu.Perhubungan ini jarang mengalami masalah mahupun konflik disebabkan sikap korang sendiri yang 'cool' memanjang.Kalau tak caya,korang rasalah kesejukan embun di waktu pagi,memang gempak giler.Bagi aku memang best cinta ni tapi kadang2 boleh mendatangkan kebosanan.

Cinta Moden
-yo,wassup,bro.Yo,yo,ahak,ahak.I got it from your mama.Yo teringat jugak nak ber-wassup2 dengan orang kat luar sana.Ada gaya tak.Yo, bro korang tahu kan dunia masa kini semakin moden dan berteknologi tinggi termasuklah pakaian kita sekarang.Contohnya,baju kurung moden,baju kurung pun moden dan roti canai Windows Vista,fuyoh.Giler,ah.
-memang berkait rapat dengan kemodenan sekarang ni.Contohnya,kewujudan'ruang saya',;muka buku',blog','ter-friends' ngan apa tu twisties,twinter apa2 jelah.Senang citer,hubungan korang bermula dengan benda2 pelik yang semakin hari semakin famous.Yang pasti aku sendiri tak tahu tempoh hubungan cinta macam ni.Tengok dalam PC,lawa nak mati,sekali date termuntah dibuatnya.


Cinta O(Kosong)
-Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.Soalan macam ni memang femes giler dalam pembelajaran kat sekolah.Kosong,bermakna gagallah.Tapi yang aku pelik dalam nilai mata wang,punya banyak kosong kat belakang lagi besar nilai dia.Contohnya,10000000000 kalau diikutkan kefahaman aku,kosong mana ada nilai,so sama je nilai dia dengan 1.Tak betul gitu.
-Oooooooooo,penuh dengan kekosongan.Haaaaaa,boringnya hidup aku tolong aku Si Kosong.Aduii apa aku nak buat ni,bosan,bosan.Camtulah jugak kaitannya dengan cinta ni.Cinta macam ni mamang membosankan mungkin disebabkan kedua-dua belah  pihak tu sendiri.Mungkin x reti melawak ke,peramah ke,romantik sikit ke ataupun  apa2 jelah.Jadi kalau kita seseorang yang membosankan,practicelah banyak supaya diri kita ni boleh jadi pak lawam,ok.

Cinta Non-Stop
-hahahahahahaha,semasam je.Pelik pun ada.Kenapa meremang je bulu ketiak aku ni?Hoi,sapa di situ?Keluar cepat.Aku ada magis spell ni.Mati ko karang.Cepat keluar!Hek eleh,raksasa tikus je yang keluar,kurang asam,buat penat je aku cast magic kat ko.Exp pun tak naik.Buat takut aku je,main nak dekat 12 jam nonstop,satu level pun tak naik.
-Oh bulan...........(alamak apasal ada lagu Yuna lak ni)....jangan melayan diriku lagi.Ok,ok.Tahniah dan tahniah kerana pastinya cinta inilah yang paling aku suka.Cinta tanpa henti.Maksudnya,perasaan cinta yang kuat dan berterusan membuatkan hubungan korang bertahan lama .Memang bertuah.Dan cinta yang berterusan ni takkan membuatkan korang meragui cinta tu.Tahniah.Tapi jangan main game non-stop sudah........................................................................................................................

Monday, February 8, 2010

-Cinta D.O.R.A.E.M.O.N-

Cinta Dongeng
-mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka aku sendiri,pastinya ia bermaksud sesuatu yang kita tak pasti wujud ke tidak ataupun angan-angan cam cerita2 dongeng 'fairytale'macam Sleeping Beauty dan Pak Pandir gitu.
-cinta ni bermaksud seseorang ni terlalu sukakan kat seseorang ni tapi sebenarnya orang tu tak sukakan dia pun,kenal pun tidak.Senang citer,bertepuk dua belah jari takkan berbunyi,kira2 macam tulah.So,kalau dah suka sangat kat orang tu.pandai2-lah nak ngorat sebelum terlepas ataupun teruskanlah dongeng korang tu sampai bila2.

Cinta Orang
-orang,semua orang tahu siapa tu'orang2'.Ya,ya,ramai jugak yang tahu dan ramai jugaklah yang tak tahu apa tu'orang2'.Adakah bermaksud ramai orang?Entahlah,tapi yang pasti dia ni berperanan penting dan berjasa kepada para pesawah kerana dah menjaga hasil padi mereka.So,kalau korang rajin,thankslah kat diorang kalau korang ternampak mereka ni.
-daripada aku merepek,cinta orang lak bermaksud seseorang yang hanya menyukai seseorang daripada aspek luaran sahaja.Yang kacak,yang cantik,yang seksi,yang sasa dan semualah kriteria yang lain tanpa melihat hati diorang ni.So tak kisahlah,kalau orang tu tak cantik tapi hatinya sesuci murni,kan bagus gitu.

Cinta Ribut
-mengikut ramalan cuaca sedekad yang lalu,ribut salji telah melanda semenanjung Malaysia yang mengakibatkan ramai pengusaha cendol dan ABC mengalami kerugian besar disebabkan ramai penduduk boleh membuatnya sendiri di rumah.Kecian2......
-cinta ribut sememengnya semua semua orang aku rasa tak nak.Korang tau kan camne rasanya ribut tu sendiri.Senang citer,cinta ini memang mudah hadir dengan cepatnya dan begitu cepatnya pergi dengan penuh penderitaan dan tangisan.Kalau lama,lamalah.Bergantung jugaklah pada korang sendiri.Jangan korang kelam kabut cam ribut sudah.

Cinta Awan/awang-awangan
-awan terbentuk apabila sejumlah air disejat oleh cahaya matahari sebelum dikondensasikan menjadi awan.Prosese perubahan ini mengakibatkan perubahan wap air kepada wap air.Kalau nak tahu lebih lanjut tentang proses ini,bolehlah rujuk buku teks KBSR tahun 5/6 and KBSM tingkatan 1.
-awan ye,cinta awan.Apa tu?emm(berfikir panjang)Ha,la takkan korang tak tah sifat awan camne.Sentiasa terapung di awangan.Korang memang bercinta tetapi sentiasa meraguinya dan banyak persoalan macam ni akan timbul.Nape aku suka kat dia?Betul ke dia suka kat aku?Semalam dia mandi pagi tak?Kalau rasa was2 camne,tak usahlah bercinta..............

Saturday, December 19, 2009

My Love Story-The END

Haaaa!Macam2 masalah betullah menimpa aku sekarang aku ni.Pening kepala aku dibuatnya bila dok memikirkan masalah aku tu.Mungkin benar memang salah aku jugak sebab diri sendiri tak pandai nak simpan rahsia macam tu.Lalai betul aku ni sampai mak aku boleh tahu semua tu.Aduh....apa aku nak buat sekarang ni.Waktu sekolah pulak aku mesti nampak dia punya nanti.Macam mana aku nak buat ni bagi nak berhadapan dengan dia ni.Aku nampak dia se-olah2 tak percaya yang semua ni akan menimpa dia.Sedih pun ada aku rasa.Senyuman kat muka dia sekarang ni dah hilang dan semakin luntur dari wajah dia yang cantik tu.Aku rasa serba salah sangat sebab buat dia macam tu.Dia memeng tak bersalah pun.Aku memang tension sangat dengan keputusan yang aku buat hari tu.Aku tak boleh nak buat apa dah sekarang,lagipun aku dah buat keputusan untuk clash dengan dia.Lepas beberapa hari kendian,kawan2 best friend dia datang jumpa aku kononnya nak tanya nape aku ngan dia clash hari tu.Kawan dia kata yang dia ni dah tak seceria seperti dahulu.Asyik muram aje dah kurang senyum sekarang.Senang citer dia ni dah tak happy cam dulu lagi.Kawan2 dia boleh tahan caring-lah jugak,jaga perasaan kawan tak macam kawan2 aku.Hampeh.
Oh....baru aku tahu apa niat diorang nak jumpa aku.Aku mengikut aje apa yang diorang nak tahu sangat.Aku tak kisah,lagipun buat apa aku nak rahsiakan daripada diorang semua tu.Aku bagitau seperti yang diorang nak tahu.Diorang siap suruh aku sambung balik hubungan aku ngan dia.Aku memang dalam kekeliruan time tu.Takkan aku nak sambung balik hubungan aku ngan dia sedangkan aku yang mintak clash ngan dia.Malu aku dibuatnya nanti.Kawan2 dia kata dia boleh terima aku balik seperti dahulu.Memang aku tak percaya time tu.Aku pergi jumpa ngan dia bertanyakan tentang hal tu.Dia tak kisah!Lagi aku tak percaya.Selepas kitorang ada sedikit perbincangan,kitorang bersetuju nak sambung balik hubungan kitorang tu.Yahoooooooo.Nak giler aku dibuatnya.Happy sangat walaupun aku tahu yang aku dah mengulangi kesilapan aku lagi.Maafkan saya,mak..........
Aku rasa sampai sini je aku boleh citer kat korang tentang percintaan aku ni walaupun sebenarnya kisah ni masih panjang lagi.Kalau korang sanggup tunggu,tunggulah tahun depan itupun kalau aku rajin nak menaip lagi.Yang pasti,cinta monyet kadang2 boleh membuatkan kita happy untuk sewaktu ketika dan kadang2 boleh membuatkan seseorang terluka,sedih dan hampa untuk sewaktu yang sama kita gembira dahulu.
'Love is something can be a beautiful flower
and sometime can be a poisonous medicine'