Cinta Dongeng
-mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka aku sendiri,pastinya ia bermaksud sesuatu yang kita tak pasti wujud ke tidak ataupun angan-angan cam cerita2 dongeng 'fairytale'macam Sleeping Beauty dan Pak Pandir gitu.
-cinta ni bermaksud seseorang ni terlalu sukakan kat seseorang ni tapi sebenarnya orang tu tak sukakan dia pun,kenal pun tidak.Senang citer,bertepuk dua belah jari takkan berbunyi,kira2 macam tulah.So,kalau dah suka sangat kat orang tu.pandai2-lah nak ngorat sebelum terlepas ataupun teruskanlah dongeng korang tu sampai bila2.
Cinta Orang
-orang,semua orang tahu siapa tu'orang2'.Ya,ya,ramai jugak yang tahu dan ramai jugaklah yang tak tahu apa tu'orang2'.Adakah bermaksud ramai orang?Entahlah,tapi yang pasti dia ni berperanan penting dan berjasa kepada para pesawah kerana dah menjaga hasil padi mereka.So,kalau korang rajin,thankslah kat diorang kalau korang ternampak mereka ni.
-daripada aku merepek,cinta orang lak bermaksud seseorang yang hanya menyukai seseorang daripada aspek luaran sahaja.Yang kacak,yang cantik,yang seksi,yang sasa dan semualah kriteria yang lain tanpa melihat hati diorang ni.So tak kisahlah,kalau orang tu tak cantik tapi hatinya sesuci murni,kan bagus gitu.
Cinta Ribut
-mengikut ramalan cuaca sedekad yang lalu,ribut salji telah melanda semenanjung Malaysia yang mengakibatkan ramai pengusaha cendol dan ABC mengalami kerugian besar disebabkan ramai penduduk boleh membuatnya sendiri di rumah.Kecian2......
-cinta ribut sememengnya semua semua orang aku rasa tak nak.Korang tau kan camne rasanya ribut tu sendiri.Senang citer,cinta ini memang mudah hadir dengan cepatnya dan begitu cepatnya pergi dengan penuh penderitaan dan tangisan.Kalau lama,lamalah.Bergantung jugaklah pada korang sendiri.Jangan korang kelam kabut cam ribut sudah.
Cinta Awan/awang-awangan
-awan terbentuk apabila sejumlah air disejat oleh cahaya matahari sebelum dikondensasikan menjadi awan.Prosese perubahan ini mengakibatkan perubahan wap air kepada wap air.Kalau nak tahu lebih lanjut tentang proses ini,bolehlah rujuk buku teks KBSR tahun 5/6 and KBSM tingkatan 1.
-awan ye,cinta awan.Apa tu?emm(berfikir panjang)Ha,la takkan korang tak tah sifat awan camne.Sentiasa terapung di awangan.Korang memang bercinta tetapi sentiasa meraguinya dan banyak persoalan macam ni akan timbul.Nape aku suka kat dia?Betul ke dia suka kat aku?Semalam dia mandi pagi tak?Kalau rasa was2 camne,tak usahlah bercinta..............
Monday, February 8, 2010
-Cinta D.O.R.A.E.M.O.N-
Posted by lonelyFOreVER at 2:40 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment