Sebelum kita terlupa
tentang sesuatu yang terpahat dalam ingatan kita
tentang kebenaran dalam simpulan kebebasan kita
dan telah menjadi sejarah dalam hidup manusia Malaysia
Siapa yang harus kita persalahkan
dan kenapa kita harus persalahkan
tentang kebenaran yang tak mungkin kita nafikan
Siapa kita jika persoalkan tentang kemerdekaan
dan siapa kita jika bertanyakan tentang saat kemerdekaan
Bukan bangsa yang satu jika mengabaikan
bukan warga yang gemilang jika kita terlupa
akan kebebasan kita
Jangan jadi Melayu durhaka
terhadap tanah tumpah darah sendiri.
Benar kata Hang Tuah
takkan Melayu hilang di dunia
namun jika diperalat maruah bangsa kita
jangan sesekali kita rebah dalam dunia penuh dosa
Lepaskan diri dari belenggu kemewahan dan kekayaan
jika kita sendiri tak mampu perjuangkan maruah kita
jika kita sendiri dihambat oleh penipuan anasir Barat
yang menjauhkan diri kita menyedari diri sendiri
usah dibelenggu rasa riak dan bangga
jangan terlupa hari kita
hari kita megah di mata dunia
dan usah sesekali kita korbankan
hari kita merdeka untuk kepentingan diri kita
dan jadilah bangsa yang mendaulatkan
tanah air kita sendiri.
Terima kasih Tunku Abdul Rahman
terima kasih rombongan Tanah Melayu kita ke London
jauh di ufuk dunia kauperjuangkan kemerdekaan negara kita
dan kenapa tidak kita mengharumkan nama Malaysia
kita perjuangkan sama-sama bangunkan bersama
Kita cari sama-sama kehebatan kita
agar tidak dipandang hina bangsa Penjajah
seandainya kita boleh merdeka
kenapa kita tutup mata dengan kebolehan kita
dan membiarkan mereka menghina kita pula
Seandainya hari merdeka ini seperti biasa
ayuh kita lakukan magis dan bukan tragis
kita satukan seluruh tenaga
kita satukan seluruh bangsa kita
mari kita tentang habis-habisan
dan kita tegakkan semula maruah kita
agar tidak terkebumi di tanah air sendiri.
Jika kita teringat tentang sewaktu masa lalu
usah kita ulangi kesilapan kita lagi
biar jadi tauladan dan bukan untuk ulangan
untuk anak-anak kita yang sudah merdeka
Biar jerit perih dan seksa kita laluinya
dan bukan untuk generasi yang kita wariskan
sebuah kemerdekaan dan kebebasan
Jika hari ini kita merdeka
biarlah sehingga akhirnya kekal merdeka
biarlah sehingga darah ke titisan terakhir
kita menegakkan maruah dan harta kita
Jika kita lupakan tentang erti kemerdekaan
kita bukanlah bangsa yang sudah bebas sebenarnya
hayatilah pengertiannya dan pengorbanan mereka
jika kita mahukan kemerdekaan sampai bila-bila
Ingatlah pada hari kita merdeka..............
Friday, September 3, 2010
Hari ini kita merdeka
Posted by lonelyFOreVER at 8:37 PM 0 comments
Wednesday, August 4, 2010
Mereka Yang AKU kenali sebagai kawan
Bagi aku,seseorang yang waras fikirannya akan hidup dengan dengan kawan2 yang banyaknya tak terkira.Kawan bagi mereka tempat untuk melepaskan apa sahaja perasaan sama ada perasaan sedih,sedih?Atau hanya mencari bila happy sangat.Aku sendiri hairan dengan persepsi mereka ni.Atau aku sendiri yang selalu bersangka buruk terhadap mereka.Salah ke untuk kita bersangka buruk macam tu.Bukan apa,cuma kadang2 terasa seperti dipergunakan dan seperti sampah yang ada di tepi jalan.Mudah terbang ke sana dan ke mari.Aku tak mahu hanya dianggap seperti begitu.Seolah-olah aku sendiri tak mempunyai perasaan.Tak kisahlah macam mana sekalipun aku dianggap,cukuplah rasa dihargai ataupun dibiarkan sebegitu sahaja.Tak terasa susah hidup macam tu.
Dan aku nak korang sendiri nilaikan sama ada apa yang aku nak ceritakan sesuai dianggap kawan ataupun tidak.First sekali,aku teringin nak cerita sesuatu tentang beberapa insan yang aku sendiri gelar sebagai kawan.Mestilah rakan sekelas aku sendiri.Mereka ini bukan 1 hari aku kenal,tapi dah nak dekat 3 tahun aku berdamping dengan mereka ni.Aku tak berniat nak mengutuk atau nak cari pasal dengan sesiapa.Sekadar nak cerita.Ya,aku sedar memang aku tak berapa reti nak main bola,tapi diorang dok ajak main sesama mereka dan tak pernah nak mengendah pasal aku.Tak pernah mereka ni teringin nak ajak aku main sesama ke.Diorang tak pernah nak menjaga hati kawan2 sendiri.Yelah,siapalah aku kalau nak dibandingkan dengan mereka semua tu.Aku memang tak layak nak join mereka semua tu.Aku sedar dengan kekurangan aku.Aku tak pernah nak terfikir yang aku ni ni terlalu merendah diri atau nak menjauhkan diri dari mereka.
Aku jadi seorang yang macam ni selepas seorang manusia yang aku kenali sebagai kawan telah menipu aku dan menyakitkan hati aku.Sebabkan dia,aku jadi lebih ber-hati2 untuk berkawan dan mempercayai mereka yang aku kenali sebagai kawan.Aku bukan nak hidup sorang-sorang ke,tapi.............
Posted by lonelyFOreVER at 3:35 AM 0 comments
Thursday, July 8, 2010
Aku yang selamba..............
Ya aku sendiri mengakui memang aku dah lama meninggalkan dunia blog aku disebabkan masalah yang aku sendiri cari.Aku tak mahu kata yang aku ni yang terlalu mengikut perasaan,tapi orang yang mengenali aku pasti tahu siapa aku yang sebenarnya.Aku akui memang aku ni NERD,SKEMA dan macam2 lagi perkataan yang sesuai dengan sifat aku sendiri.Well,you know,I'm lonelyalone dah macam terbiasa hidup dalam dunia yang aku sendiri angankan.Bagi aku,aku sendiri tak tahu macam hidup sebagai seorang remaja yang aktif dalam bidang yang diceburi.Aku,hidup aku bolehlah diumpamakan seperti buku yang dah tercetak pelbagai kekurangan.Mungkn tersalah cetak agaknya.Tapi aku sendiri memang akui dengan segala kelemahan diri aku.Siapalah aku kalau nak dibandingkan dengan kawan aku yang lain.Aku tak pernah cemburu denga mereka,cuma biasalah semua orang pernah cuba untk buat yang terbaik dalam hidup masing2.Cam aku jugak,tapi apa boleh buat.Aku tak kisah.Aiman tak kisah,tak gitu.Aku kena teruskan hidup aku yang penuh dengan kebosanan dan kekosongan.Kalau nak sedih pun tak ada maknanya sebab aku pun dah letih menangis sendirian setiap kali aku dok fikir pasal ni.
Aku tak pernah kesal denfan hidup dan pendirian aku ni.Aku ada hak untuk tentukan macam mana hidup yang aku inginkan.NERD ke,SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN ke,atau jenis yang selamba ROCK.Aku pun tak kisah kalau orang nak kutuk aku macam mana pun.Mulut orang takkan aku nak belasah cukup2 sampai lebam,takkanlah.Aku pun tak naklah lebih2 lagipun mulut aku pun dah kena GAM sebab adalah makhluk tuhan yang tak puas hati dengan apa yang aku cakap.So sekarang ni aku kenalah jaga sikit mulut aku dari tersembur ayat2 yang pedas gitu.NERD-NERD pun ada jugak yang sakit hati ngan aku.Pelik tapi benar gitu.Well,aku sendiri pun heran dengan orang yang terasa tu.Takpelah,kepada pihak yang berkenaan,aku mintak maaf banyak2 setinggi Burj Dubai dan se-dalam2 lautan Pasifik.Bagi aku,aku dah cukup puas hati dengan hidup aku sekarang.Hidup yang selamba atau NERD tak semestinya tak boleh bahagia seperti aku sekarang.Harap2 tak tersenarailah aku untuk dimasukan ke dalam Hospital Bahagia nanti.Wohahhaha.
Posted by lonelyFOreVER at 3:12 AM 0 comments
Tuesday, February 9, 2010
-Cinta D.O.R.A.E.M.O.N.-
Cinta Embun
-embun,mengikut fakta sejarah Melayu,embin jantan dan embun betina.Embun memiliki nama saintifik yang tersendiri setelah ber-alaf2 lamanya menjalankan kajian iaitu 'embunojantino' dan 'embunibertani'.Agak unik embun ni kan.
-cinta ini boleh dikaitkan dengan hubungan yang sentiasa 'cool',relaks,selamba dan tenang selalu.Perhubungan ini jarang mengalami masalah mahupun konflik disebabkan sikap korang sendiri yang 'cool' memanjang.Kalau tak caya,korang rasalah kesejukan embun di waktu pagi,memang gempak giler.Bagi aku memang best cinta ni tapi kadang2 boleh mendatangkan kebosanan.
Cinta Moden
-yo,wassup,bro.Yo,yo,ahak,ahak.I got it from your mama.Yo teringat jugak nak ber-wassup2 dengan orang kat luar sana.Ada gaya tak.Yo, bro korang tahu kan dunia masa kini semakin moden dan berteknologi tinggi termasuklah pakaian kita sekarang.Contohnya,baju kurung moden,baju kurung pun moden dan roti canai Windows Vista,fuyoh.Giler,ah.
-memang berkait rapat dengan kemodenan sekarang ni.Contohnya,kewujudan'ruang saya',;muka buku',blog','ter-friends' ngan apa tu twisties,twinter apa2 jelah.Senang citer,hubungan korang bermula dengan benda2 pelik yang semakin hari semakin famous.Yang pasti aku sendiri tak tahu tempoh hubungan cinta macam ni.Tengok dalam PC,lawa nak mati,sekali date termuntah dibuatnya.
Cinta O(Kosong)
-Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.Soalan macam ni memang femes giler dalam pembelajaran kat sekolah.Kosong,bermakna gagallah.Tapi yang aku pelik dalam nilai mata wang,punya banyak kosong kat belakang lagi besar nilai dia.Contohnya,10000000000 kalau diikutkan kefahaman aku,kosong mana ada nilai,so sama je nilai dia dengan 1.Tak betul gitu.
-Oooooooooo,penuh dengan kekosongan.Haaaaaa,boringnya hidup aku tolong aku Si Kosong.Aduii apa aku nak buat ni,bosan,bosan.Camtulah jugak kaitannya dengan cinta ni.Cinta macam ni mamang membosankan mungkin disebabkan kedua-dua belah pihak tu sendiri.Mungkin x reti melawak ke,peramah ke,romantik sikit ke ataupun apa2 jelah.Jadi kalau kita seseorang yang membosankan,practicelah banyak supaya diri kita ni boleh jadi pak lawam,ok.
Cinta Non-Stop
-hahahahahahaha,semasam je.Pelik pun ada.Kenapa meremang je bulu ketiak aku ni?Hoi,sapa di situ?Keluar cepat.Aku ada magis spell ni.Mati ko karang.Cepat keluar!Hek eleh,raksasa tikus je yang keluar,kurang asam,buat penat je aku cast magic kat ko.Exp pun tak naik.Buat takut aku je,main nak dekat 12 jam nonstop,satu level pun tak naik.
-Oh bulan...........(alamak apasal ada lagu Yuna lak ni)....jangan melayan diriku lagi.Ok,ok.Tahniah dan tahniah kerana pastinya cinta inilah yang paling aku suka.Cinta tanpa henti.Maksudnya,perasaan cinta yang kuat dan berterusan membuatkan hubungan korang bertahan lama .Memang bertuah.Dan cinta yang berterusan ni takkan membuatkan korang meragui cinta tu.Tahniah.Tapi jangan main game non-stop sudah........................................................................................................................
Posted by lonelyFOreVER at 1:02 AM 0 comments
Monday, February 8, 2010
-Cinta D.O.R.A.E.M.O.N-
Cinta Dongeng
-mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka aku sendiri,pastinya ia bermaksud sesuatu yang kita tak pasti wujud ke tidak ataupun angan-angan cam cerita2 dongeng 'fairytale'macam Sleeping Beauty dan Pak Pandir gitu.
-cinta ni bermaksud seseorang ni terlalu sukakan kat seseorang ni tapi sebenarnya orang tu tak sukakan dia pun,kenal pun tidak.Senang citer,bertepuk dua belah jari takkan berbunyi,kira2 macam tulah.So,kalau dah suka sangat kat orang tu.pandai2-lah nak ngorat sebelum terlepas ataupun teruskanlah dongeng korang tu sampai bila2.
Cinta Orang
-orang,semua orang tahu siapa tu'orang2'.Ya,ya,ramai jugak yang tahu dan ramai jugaklah yang tak tahu apa tu'orang2'.Adakah bermaksud ramai orang?Entahlah,tapi yang pasti dia ni berperanan penting dan berjasa kepada para pesawah kerana dah menjaga hasil padi mereka.So,kalau korang rajin,thankslah kat diorang kalau korang ternampak mereka ni.
-daripada aku merepek,cinta orang lak bermaksud seseorang yang hanya menyukai seseorang daripada aspek luaran sahaja.Yang kacak,yang cantik,yang seksi,yang sasa dan semualah kriteria yang lain tanpa melihat hati diorang ni.So tak kisahlah,kalau orang tu tak cantik tapi hatinya sesuci murni,kan bagus gitu.
Cinta Ribut
-mengikut ramalan cuaca sedekad yang lalu,ribut salji telah melanda semenanjung Malaysia yang mengakibatkan ramai pengusaha cendol dan ABC mengalami kerugian besar disebabkan ramai penduduk boleh membuatnya sendiri di rumah.Kecian2......
-cinta ribut sememengnya semua semua orang aku rasa tak nak.Korang tau kan camne rasanya ribut tu sendiri.Senang citer,cinta ini memang mudah hadir dengan cepatnya dan begitu cepatnya pergi dengan penuh penderitaan dan tangisan.Kalau lama,lamalah.Bergantung jugaklah pada korang sendiri.Jangan korang kelam kabut cam ribut sudah.
Cinta Awan/awang-awangan
-awan terbentuk apabila sejumlah air disejat oleh cahaya matahari sebelum dikondensasikan menjadi awan.Prosese perubahan ini mengakibatkan perubahan wap air kepada wap air.Kalau nak tahu lebih lanjut tentang proses ini,bolehlah rujuk buku teks KBSR tahun 5/6 and KBSM tingkatan 1.
-awan ye,cinta awan.Apa tu?emm(berfikir panjang)Ha,la takkan korang tak tah sifat awan camne.Sentiasa terapung di awangan.Korang memang bercinta tetapi sentiasa meraguinya dan banyak persoalan macam ni akan timbul.Nape aku suka kat dia?Betul ke dia suka kat aku?Semalam dia mandi pagi tak?Kalau rasa was2 camne,tak usahlah bercinta..............
Posted by lonelyFOreVER at 2:40 AM 0 comments