Cinta Embun
-embun,mengikut fakta sejarah Melayu,embin jantan dan embun betina.Embun memiliki nama saintifik yang tersendiri setelah ber-alaf2 lamanya menjalankan kajian iaitu 'embunojantino' dan 'embunibertani'.Agak unik embun ni kan.
-cinta ini boleh dikaitkan dengan hubungan yang sentiasa 'cool',relaks,selamba dan tenang selalu.Perhubungan ini jarang mengalami masalah mahupun konflik disebabkan sikap korang sendiri yang 'cool' memanjang.Kalau tak caya,korang rasalah kesejukan embun di waktu pagi,memang gempak giler.Bagi aku memang best cinta ni tapi kadang2 boleh mendatangkan kebosanan.
Cinta Moden
-yo,wassup,bro.Yo,yo,ahak,ahak.I got it from your mama.Yo teringat jugak nak ber-wassup2 dengan orang kat luar sana.Ada gaya tak.Yo, bro korang tahu kan dunia masa kini semakin moden dan berteknologi tinggi termasuklah pakaian kita sekarang.Contohnya,baju kurung moden,baju kurung pun moden dan roti canai Windows Vista,fuyoh.Giler,ah.
-memang berkait rapat dengan kemodenan sekarang ni.Contohnya,kewujudan'ruang saya',;muka buku',blog','ter-friends' ngan apa tu twisties,twinter apa2 jelah.Senang citer,hubungan korang bermula dengan benda2 pelik yang semakin hari semakin famous.Yang pasti aku sendiri tak tahu tempoh hubungan cinta macam ni.Tengok dalam PC,lawa nak mati,sekali date termuntah dibuatnya.
Cinta O(Kosong)
-Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.Soalan macam ni memang femes giler dalam pembelajaran kat sekolah.Kosong,bermakna gagallah.Tapi yang aku pelik dalam nilai mata wang,punya banyak kosong kat belakang lagi besar nilai dia.Contohnya,10000000000 kalau diikutkan kefahaman aku,kosong mana ada nilai,so sama je nilai dia dengan 1.Tak betul gitu.
-Oooooooooo,penuh dengan kekosongan.Haaaaaa,boringnya hidup aku tolong aku Si Kosong.Aduii apa aku nak buat ni,bosan,bosan.Camtulah jugak kaitannya dengan cinta ni.Cinta macam ni mamang membosankan mungkin disebabkan kedua-dua belah pihak tu sendiri.Mungkin x reti melawak ke,peramah ke,romantik sikit ke ataupun apa2 jelah.Jadi kalau kita seseorang yang membosankan,practicelah banyak supaya diri kita ni boleh jadi pak lawam,ok.
Cinta Non-Stop
-hahahahahahaha,semasam je.Pelik pun ada.Kenapa meremang je bulu ketiak aku ni?Hoi,sapa di situ?Keluar cepat.Aku ada magis spell ni.Mati ko karang.Cepat keluar!Hek eleh,raksasa tikus je yang keluar,kurang asam,buat penat je aku cast magic kat ko.Exp pun tak naik.Buat takut aku je,main nak dekat 12 jam nonstop,satu level pun tak naik.
-Oh bulan...........(alamak apasal ada lagu Yuna lak ni)....jangan melayan diriku lagi.Ok,ok.Tahniah dan tahniah kerana pastinya cinta inilah yang paling aku suka.Cinta tanpa henti.Maksudnya,perasaan cinta yang kuat dan berterusan membuatkan hubungan korang bertahan lama .Memang bertuah.Dan cinta yang berterusan ni takkan membuatkan korang meragui cinta tu.Tahniah.Tapi jangan main game non-stop sudah........................................................................................................................
Tuesday, February 9, 2010
-Cinta D.O.R.A.E.M.O.N.-
Posted by lonelyFOreVER at 1:02 AM 0 comments
Monday, February 8, 2010
-Cinta D.O.R.A.E.M.O.N-
Cinta Dongeng
-mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka aku sendiri,pastinya ia bermaksud sesuatu yang kita tak pasti wujud ke tidak ataupun angan-angan cam cerita2 dongeng 'fairytale'macam Sleeping Beauty dan Pak Pandir gitu.
-cinta ni bermaksud seseorang ni terlalu sukakan kat seseorang ni tapi sebenarnya orang tu tak sukakan dia pun,kenal pun tidak.Senang citer,bertepuk dua belah jari takkan berbunyi,kira2 macam tulah.So,kalau dah suka sangat kat orang tu.pandai2-lah nak ngorat sebelum terlepas ataupun teruskanlah dongeng korang tu sampai bila2.
Cinta Orang
-orang,semua orang tahu siapa tu'orang2'.Ya,ya,ramai jugak yang tahu dan ramai jugaklah yang tak tahu apa tu'orang2'.Adakah bermaksud ramai orang?Entahlah,tapi yang pasti dia ni berperanan penting dan berjasa kepada para pesawah kerana dah menjaga hasil padi mereka.So,kalau korang rajin,thankslah kat diorang kalau korang ternampak mereka ni.
-daripada aku merepek,cinta orang lak bermaksud seseorang yang hanya menyukai seseorang daripada aspek luaran sahaja.Yang kacak,yang cantik,yang seksi,yang sasa dan semualah kriteria yang lain tanpa melihat hati diorang ni.So tak kisahlah,kalau orang tu tak cantik tapi hatinya sesuci murni,kan bagus gitu.
Cinta Ribut
-mengikut ramalan cuaca sedekad yang lalu,ribut salji telah melanda semenanjung Malaysia yang mengakibatkan ramai pengusaha cendol dan ABC mengalami kerugian besar disebabkan ramai penduduk boleh membuatnya sendiri di rumah.Kecian2......
-cinta ribut sememengnya semua semua orang aku rasa tak nak.Korang tau kan camne rasanya ribut tu sendiri.Senang citer,cinta ini memang mudah hadir dengan cepatnya dan begitu cepatnya pergi dengan penuh penderitaan dan tangisan.Kalau lama,lamalah.Bergantung jugaklah pada korang sendiri.Jangan korang kelam kabut cam ribut sudah.
Cinta Awan/awang-awangan
-awan terbentuk apabila sejumlah air disejat oleh cahaya matahari sebelum dikondensasikan menjadi awan.Prosese perubahan ini mengakibatkan perubahan wap air kepada wap air.Kalau nak tahu lebih lanjut tentang proses ini,bolehlah rujuk buku teks KBSR tahun 5/6 and KBSM tingkatan 1.
-awan ye,cinta awan.Apa tu?emm(berfikir panjang)Ha,la takkan korang tak tah sifat awan camne.Sentiasa terapung di awangan.Korang memang bercinta tetapi sentiasa meraguinya dan banyak persoalan macam ni akan timbul.Nape aku suka kat dia?Betul ke dia suka kat aku?Semalam dia mandi pagi tak?Kalau rasa was2 camne,tak usahlah bercinta..............
Posted by lonelyFOreVER at 2:40 AM 0 comments