BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, November 26, 2009

My Love Story-Fifth

Kadang tu aku pelik jugak macam mana aku boleh bercinta dengan dia,terutamanya orang macam dia tu.Memang kalau nak diikutkan,memang ramai orang kata yang aku ni memang tak sesuai dengan dia.Aku tak pernah peduli dengan apa orang nak kata.Suka hati akulah kalau aku nak bercinta dengan siapapun aku suka.Diorang takde hak nak halang aku.Kata dia,dia dah mula rasa perbezaan sekarang,kononnya dia dapat rasakan suatu perubahan dalam diri dia.Bolehlah aku rasa happy sebab dia nak berubah seperti cadangan aku tu.Aku memang tak sangka sebab dia nak berubah kerana aku.Aku rasa sedikit bertuah dapat seorang awek yang nak dengar cakap pakwe.Takl kisahlah apa orang nak kata asalkan aku happy.Hubungan kitorang dah kembali bersemi kembali seperti sedia kala.Macam2 hal kitorang terpaksa terima terutamanya aku.Aku tak faham macam2 masalah kitorang hadapi semasa kitorang bercinta ni.Adakah tuhan mahu menguji kitorang ataupun sebab kitorang bercinta tanpa izin.Ya aku tahu, kalau mak aku tahu terutamanya pasti dia marah giler kat aku.Mak sapa yang suka kalau tengok anak diorang bercinta masa muda ni.Kalau boleh diorang pastinya nak tengok anak diorang berjaya dalam pelajaran.Kadang2 tu aku rasa serba salah pulak kat mak aku tu.Kendian, kitorang sambung balik penghantaran surat.Kadang2 tu aku rasa tak sabar2 tunggu balasan surat daripada dia.Seronok sangat kalau dapat surat daripada dia.


Suatu perkara buruk berlaku lagi.Kali ni kitorang terpaksa berpisah.Memang aku tak sangka sebab aku terpaksa buat keputusan macam tu.Aku masih ingat lagi hari tu.Hari tu hari Jumaat.Masa tu aku tengah dok tulis surat untuk dia.Memang tanpa aku sedari mak aku masuk secara tiba2 kedalam bilik aku.Mak aku nampak segala-galanya.Mak aku nampak aku tengah syok tulis surat untuk aku bagi kat dia.Aku memang terkejut giler bila mak aku nampam apa yang aku tengah buat.Aku memang tak sempat nak sorokkan surat daripada mak aku.Ni semua berlaku sebab kelalaian aku sendiri.Sebelum ni, aku selalu cover dengan buku yang kononnya yang aku tengah ulang kaji pelajaran.Mungkin ini balasan bagi orang yang suka menipu terutamanya kat ibu sendiri.Aku memang tak tahu apa aku boleh buat time tu.Aku terima je segala kemarahan mak aku kat aku.Memang teruk aku kena marah dengan mak aku.Dia kata kat aku yang aku ni menjijikkan sebab bercinta masa aku budak2 lagi.Dia kata cinta muda ni hanyalah sia2,takde faedahnya dan menjijikkan buat aku.Aku memang tak dapat nak menahan segala kesedihan yang aku alami.Aku memang tak dapat nak fikir mana satu yang terbaik untuk aku.Dia atau mak aku.Memang aku bingung sangat nak fikir semua tu.Aku juga tak sampai hati nak 'clash' ngan dia.Tapi keadaan memaksa aku membuat keputusan.Aku terpaksa.Maafkan aku...........


Aku datang ke sekolah dalam keadaan yang sangat sedih.Aku ceritakan segalanya kat kawan2 aku.Diorang memang pendengar yang setia.Diorang tak menyalahkan aku 100 peratus.Aku nampak dia dengan kawan2 dia.Aku seolah-olah cuba menjauhkan diri aku daripada dia.Aku terpaksa.Kendian aku jumpa dia,aku bagi balik barang yang pernah dia bagi kat aku.Aku nampak raut wajah dia memang berbeza sangat.Mungkin dia faham kenapa aku pulangkan balik barang aku kat dia.Maafkan aku,aku terpaksa.Lama jugak mak aku asyik dok nak marahkan aku.Hampir seminggu mak aku asyik dok sebut benda yang sama kat aku.Boring jugak aku mendengarnya tapi nak buat cam mana, lagipun semua ni aku rasa semua kesalahan aku.So,aku kena tanggunglah semua tu.Aku rasa tak tenang beberapa hari,asyik dok fikir je masalah aku tu.Mungkin benar aku memang bersalah tentang semua hal.Aku dah lukakan hati mak aku kerana dia.Mak aku bagi tau hal ni kat semua akakku ngan abang aku.Malu aku dibuatnya.Akak aku ada bagi pesanan khas lagi kat aku.Aku rasa memang aku jelah yang bersalah.Aku ni memang menyusahkan orang lain je.Tak pernah nak buatkan mereka tersenyum.Aku memang tak tahu.........

Saturday, November 21, 2009

My Love Story-Fourth

Aku tak kisah kalau dia nak buat apa pun dia suka.Cuma aku paling tak suka kalau dia tak pakai tudung cam tu.Aku lebih seronok kalau dia pakai tudung,lagipun aku rasa kalau dia pakai tudung lagi nampak cantik,bukan.Yelah,aku tahu pakai tudung ni memang agak panaslah bagi seseorang perempuan tapi bukan ke kewajipan bagi dia untuk menutup aurat.Memang aku bengang sangat kat dia.Beberapa hari aku tak tegur dia.Banyak kali dia hantar surat kononnya nak mintak maaf.Kali ni aku maafkan dia,tapi lain kali kirim salam jelah.Aku kata kat dia suruh berubah dan janji dengan aku akan pakai tudung bila kat luar,kalau tidak aku buat keputusan untuk 'clash' je ngan dia.Dia setuju dengan idea aku tu.Pelik jugak aku ni boleh pulak nak paksa orang,ugut orang pakai tudung.Teruk betul aku ni.Lepas kitorang dah berbaik semula,kitorang sambung balik aktiviti kitorang.Kami saling berbalas surat dan semakin lama hubungan kitorang kembali baik seperti sedia kala.Aku rasa lega sangat sebab kitorang dah kembali berbaik.Kitorang jumpa cam biasa kat bawah pokok dan sembang sikit sebelum kitorang balik.Aku memang happy sangat sebab semuanya kembali seperti dahulu.Senyuman aku dah kembali berseri seperti dahulu balik.Aku pun dah rajin hantar surat beserta sajak sekali.


Hubungan kitorang dah ramai yang mulai tahu.Aku tak lah rasa bangga dengan hubungan kitorang tu atau nak bangga sebab aku ada makwe ke.Aku rasa takut adalah.Aku takut kalau2 sampai cikgu2 tahu aku ada hubungan dengan dia.Semestinya siapa yang suka kalau orang bercinta masa baru je kenali dunia.Mak aku sendiri tak benarkan aku bercinta.Kalau boleh, mak aku nak aku berjaya dalam pelajaran dahulu barulah nak menggatal cari awek.Biasalah kalau orang cam aku ni mana ada nak dengar cakap orang.Dah ramai jugak yang dah nasihatkan aku.Degil betul aku ni,aku tetap teruskan hubungan yang semestinya terhalang.Kendian aku dikejutkan lagi dengan satu cerita yang sangat menyakitkan hati aku.Aku dapat tahu daripada rakan sekelas dia jugak.Kononnya aku nak tahu dia ni cam mana kat kelas.Orang tu bagitau aku yang dia ni agak tomboy sikit.Suka main kejar2 ngan budak lelaki.Menari 'shuffle' lah,apa masalah dia pun aku tak tahu.Terus aku marah dia cam2.Aku bukan apa,aku tak nak dia jadi tah hapa2 masa depan nanti.Nyaris2 aku nak 'clash' ngan dia.Dia apa lagi mintak maaf dengan aku dan kononnya mintak tolong ngan aku yang dia nak berubah.Aku rasa inilah peluang aku untuk bantu dia.Aku kesian tengok dia camtu.Memang aku sedih bila first time aku dengar benda tu semua.Dia sendiri pun mengakui kesalahan dia tu.


Aku memang tak sangka yang aku ni boleh bercinta dengan seseorang yang berbeza perangainya daripada aku.Pelik jugak taste aku ni.Mungkin benar cinta itu membutakan seseorang.Tapi teruk sangat aku buta ni.Biarlah semua itu terus berlaku.Tak kisahlah dia cam mana pun.Dia tetap teristimewa buat aku kerana dia.................

Tuesday, November 17, 2009

My Love Story-Third

Baiklah aku teruskan kisah percintaan kitorang.Selepas tu kitorang selalu jugaklah saling berbalas surat.Aku pulak selalu berikan dia serangkap sajak yang bolehlah yang dianggap menarik.Aku dapat lihat dari wajah dia sendiri yang seronok bila dapat aku punya surat terutamanya kalau ada sajak dalam tu.Pelik jugak aku sebab selama aku ni bukanlah pandai sangat mereka sajak.Mungkin sebab perasaan aku kat dia yang membuatkan aku pandailah jugak dalam menulis sajak ni.Bangga pulak aku sekarang sebab sekarang aku bolehlah reka macam2 sajak.Kadang aku rasa cam nak cakap terima kasih je kat dia.Kadang tu dia rasa sedih dengan sajak yang aku bagi kat dia.Terharu,happy dan cam2 perasaan lagilah.Lepas habis je waktu sekolah,kalau boleh aku nak terjun terus ke bawah nak cepat2 jumpa ngan dia.Aku tinggalkan kawan2 aku semua semata-mata nak cepat jumpa ngan dia.Kononnya tak biar dia tunggu aku lama kat tempat yang kitorang janjikan.Sanggup aku tinggalkan kawan semata-mata untuk dia.Apa punya kawanlah aku ni.Kitorang jumpa macam biasa.Kat bawah pokok,tempat di mana aku luahkan perasaan kat dia.Dah jadi cam suatu rutin pulak kitorang kena jumpa camtu.Kitorang sembanglah sikit2 dan kadang2 dia bagi surat kat aku.Suatu hari tu,bagi menghargai dia sebagai 'awek' aku,aku bagi dia benda yang dia suka,teddy bear.Aku tengok dia happy sangat walaupun bear tu taklah besar sangat .
Kendian dia pulak bagi aku something yang sangat berharga dalam hidup dia kat aku.Kononnya dia suruh jaga macam mana aku menjaga nyawa aku sendiri.Dia bagi jugak aku sapu tangan sebab aku rasa dia tahu yang aku ni memang kuat berpeluh.Thanks jugak aku kata kat dia.Kitorang tak pernah henti membalas surat sebab kitorang tak nak orang ramai tahu tentang kitorang berdua kat sekolah.Lagipun cuma kat sekolah je kitorang berjumpa ngan berhubung.Aku tak berani nak call dia sebab cubaan aku contact dia semuanya gagal.Selalunya ayah dia yang angkat.Gerun aku dibuatnya.Lepas tu tak pernah sekali pun aku contact dia.Tak ramai yang tahu tentang hubungan kitorang.Cuma kawan2 aku ngan kawan2 dia je.Mak aku tak pernah tahu pun.Kalau tahu mati aku dikerjakan.Pernah jugak sekali tu aku dapat jumpa dia kat luar.Kitorang macam2 sembang macam2 dikongsi bersama.Dari situ aku dapat tahu cam2 tentang dia.Seronok sangat sebab dapat jumpa tanpa dirancang.Tapi yang aku sedih,dia tak pakai tudung time tu.Mungkin dia dah biasa keluar tanpa pakai tudung agaknya.Memang aku sedih sangat aku.Dia jugak dah tipu aku,kononnya dia takut naik basikal tapi aku tengok time tu ok je dia naik basikal.Sakit hati aku.Mungkin ini baru sahaja permulaan dia buat aku camtu.Sampai hati dia melukakam hatiku.......

Sunday, November 15, 2009

My Love Story- Second

Aku rasa pelik jugak bila setiap kali aku datang waktu latihan, dia mesti panggil aku abang hensem sedangkan aku ni mana ada hensem sangat.Aku rasa aku ni lebih layak dipanggil abang tak hensem ke atau sama dengan perkataan tulah.Makin lama aku ada latihan dengan pasukan koir tu asyik2 dia panggil aku macam tu.Kadang2 rimas aku dibuatnya.Then selepas pertandingan tu,aku dengan berani nak tahu gak siapa yang orang yang selalu mengganggu aku.Aku try tanya kawan2 paling hampir dengan dia.Diorang cuma cakap nama dia 'DEAN'.Oh baru aku tahu nama dia.Kendian dia suruh kawan dia yang aku panggil'ECHAH' bagi surat kat aku.Dia bagi dia punya biodata dia kat aku.Macam2 jugak dia bagitau aku.Cam2 dia bagitau aku nama dia,kaler favourite dia dan alamat dia.Aku pun tanpa berfikir panjang pun balas surat dia sama dengan kandungan surat yang dia bagi.Percintaan kitorang agak pelik sebab zaman sekarang mana ada orang yang berhubung menggunakan surat.Kali pertama kitorang jumpa sembang depan2 time hari guru.Dia ditemani kawan2 dia ,mungkin dia takut dan malu nak jumpa aku kut.


Macam2 jugak kitorang sembangkan sampai tak sedar waktu balik.Bila aku bersama ngan dia macam ada semacam perasaan dalam hati aku.Walau pun sementara aku sembang nagan dia,aku rasa dia tak sama cam perempuan lain kat luar.Adakah aku yang mudah jatuh cinta pada seseorang yang seperti dia ni?Aku gak terasa hairan cam tak nak je balik hari tu.Sebelum kitorang balik,kitorang berjumpa dekat bawah sebatang pokok dekat dengan sekolah.Dekat situlah tempat kitorang akan jumpa setiap kali sebelum balik.Hari tu aku rasa aku ni terlalu berani sebab aku dah luahkan perasaan aku kat dia.Perasaan cinta aku kat dia.Aku kata kat dia dengan nada yang agak perlahan.Aku rasa memang tak percaya.Aku kata kat dia 'SAYA SUKAKAN AWAK'.Dia jugak mengaku bahawa dia dah jatuh cinta kat aku kali pertama dia nampak aku.Kononnya dia saja dulu nak menyakat aku dengan memanggil aku camtu namun semua tu aku buat dono je.Aku rasa memang tak percaya sebab cintaku dibalas.Aku rasa tersangat bahagia hari tu.Aku telah jatuh cinta!Tak mungkin.Saat tu aku tak pernah fikir banyak sebelum membuat keputusan.Bagus sangat ke dia tu kat aku?Mungkin jugak benar apa orang kata, mamat jiwang cam aku memang mudah jatuh cinta.Dari situlah bermula percintaan kitorang yang penuh dengan kenangan pahit,masam,manis dan masin.

Friday, November 6, 2009

My Love Story-First

Teringin pulak aku nak kongsi cerita cinta aku sendiri.Pada mulanya aku rasa cinta sememangnya cukup bahagia,cukup indah dan penuh dengan memori yang aku sendiri takkan lupakan.Tapi cinta aku pastinya cinta monyet.Aku rasa ramai remaja seperti aku yang baru melangkah masuk ke alam remaja akan mudah jatuh cinta dan merasakan cinta mereka itu abadi selamanya.Bagi aku tidak sama sekali.Pada awal percintaan macam2 yang dijanjikan.Janji setia ,cinta selamanya dan mengatakan cinta hanya untukmu seorang.Aku kata macam tu pun sebab aku dah janji pada seorang ni yang aku kenali yang namanya cukup indah pada aku mulanya tapi semakin lama aku mengenali dia semakin hilang perasaan cinta pada dia.Namanya 'Puteri' cukuplah aku kenalkan nama depan dia.Pada awal percintaan kitorang segalanya cukup indah bagi aku dan dia.




Pada awal tahun 2008 tepat pada hari lahir aku sendiri,pelajar2 sebaya dengan aku pastinya bersemangat untuk masuk ke alam persekolahan yang baru,sekolah menengah.Aku bolehlah dikategorikan sebagai pelajar yang 'skema' dengan pakaian aku sndiri pun orang boleh tengok yang aku ni memang 'skema' giler.Macam biasalah benda2 boring pun berlangsung,'minggu orientasi'.Dari situ ramai jugak kawan baru aku kenal.Lepas beberapa minggu kendian,pembelajaran bermula.Selepas beberapa bulan kendian,ada seorang pelajar kelas aku umumkan yang sekolah perlukan beberapa orang untuk masuk dalam pasukan koir sekolah.Aku dengan sendiri 'n' kawan2 aku try cuba nasib,tapi aku sorang je yang terpilih.Bersyukurlah jugak.Masa aku dalam pasukan koir tulah aku jumpa dengan seorang princess ni.