Baiklah aku teruskan kisah percintaan kitorang.Selepas tu kitorang selalu jugaklah saling berbalas surat.Aku pulak selalu berikan dia serangkap sajak yang bolehlah yang dianggap menarik.Aku dapat lihat dari wajah dia sendiri yang seronok bila dapat aku punya surat terutamanya kalau ada sajak dalam tu.Pelik jugak aku sebab selama aku ni bukanlah pandai sangat mereka sajak.Mungkin sebab perasaan aku kat dia yang membuatkan aku pandailah jugak dalam menulis sajak ni.Bangga pulak aku sekarang sebab sekarang aku bolehlah reka macam2 sajak.Kadang aku rasa cam nak cakap terima kasih je kat dia.Kadang tu dia rasa sedih dengan sajak yang aku bagi kat dia.Terharu,happy dan cam2 perasaan lagilah.Lepas habis je waktu sekolah,kalau boleh aku nak terjun terus ke bawah nak cepat2 jumpa ngan dia.Aku tinggalkan kawan2 aku semua semata-mata nak cepat jumpa ngan dia.Kononnya tak biar dia tunggu aku lama kat tempat yang kitorang janjikan.Sanggup aku tinggalkan kawan semata-mata untuk dia.Apa punya kawanlah aku ni.Kitorang jumpa macam biasa.Kat bawah pokok,tempat di mana aku luahkan perasaan kat dia.Dah jadi cam suatu rutin pulak kitorang kena jumpa camtu.Kitorang sembanglah sikit2 dan kadang2 dia bagi surat kat aku.Suatu hari tu,bagi menghargai dia sebagai 'awek' aku,aku bagi dia benda yang dia suka,teddy bear.Aku tengok dia happy sangat walaupun bear tu taklah besar sangat .
Kendian dia pulak bagi aku something yang sangat berharga dalam hidup dia kat aku.Kononnya dia suruh jaga macam mana aku menjaga nyawa aku sendiri.Dia bagi jugak aku sapu tangan sebab aku rasa dia tahu yang aku ni memang kuat berpeluh.Thanks jugak aku kata kat dia.Kitorang tak pernah henti membalas surat sebab kitorang tak nak orang ramai tahu tentang kitorang berdua kat sekolah.Lagipun cuma kat sekolah je kitorang berjumpa ngan berhubung.Aku tak berani nak call dia sebab cubaan aku contact dia semuanya gagal.Selalunya ayah dia yang angkat.Gerun aku dibuatnya.Lepas tu tak pernah sekali pun aku contact dia.Tak ramai yang tahu tentang hubungan kitorang.Cuma kawan2 aku ngan kawan2 dia je.Mak aku tak pernah tahu pun.Kalau tahu mati aku dikerjakan.Pernah jugak sekali tu aku dapat jumpa dia kat luar.Kitorang macam2 sembang macam2 dikongsi bersama.Dari situ aku dapat tahu cam2 tentang dia.Seronok sangat sebab dapat jumpa tanpa dirancang.Tapi yang aku sedih,dia tak pakai tudung time tu.Mungkin dia dah biasa keluar tanpa pakai tudung agaknya.Memang aku sedih sangat aku.Dia jugak dah tipu aku,kononnya dia takut naik basikal tapi aku tengok time tu ok je dia naik basikal.Sakit hati aku.Mungkin ini baru sahaja permulaan dia buat aku camtu.Sampai hati dia melukakam hatiku.......

0 comments:
Post a Comment