Aku tak kisah kalau dia nak buat apa pun dia suka.Cuma aku paling tak suka kalau dia tak pakai tudung cam tu.Aku lebih seronok kalau dia pakai tudung,lagipun aku rasa kalau dia pakai tudung lagi nampak cantik,bukan.Yelah,aku tahu pakai tudung ni memang agak panaslah bagi seseorang perempuan tapi bukan ke kewajipan bagi dia untuk menutup aurat.Memang aku bengang sangat kat dia.Beberapa hari aku tak tegur dia.Banyak kali dia hantar surat kononnya nak mintak maaf.Kali ni aku maafkan dia,tapi lain kali kirim salam jelah.Aku kata kat dia suruh berubah dan janji dengan aku akan pakai tudung bila kat luar,kalau tidak aku buat keputusan untuk 'clash' je ngan dia.Dia setuju dengan idea aku tu.Pelik jugak aku ni boleh pulak nak paksa orang,ugut orang pakai tudung.Teruk betul aku ni.Lepas kitorang dah berbaik semula,kitorang sambung balik aktiviti kitorang.Kami saling berbalas surat dan semakin lama hubungan kitorang kembali baik seperti sedia kala.Aku rasa lega sangat sebab kitorang dah kembali berbaik.Kitorang jumpa cam biasa kat bawah pokok dan sembang sikit sebelum kitorang balik.Aku memang happy sangat sebab semuanya kembali seperti dahulu.Senyuman aku dah kembali berseri seperti dahulu balik.Aku pun dah rajin hantar surat beserta sajak sekali.
Hubungan kitorang dah ramai yang mulai tahu.Aku tak lah rasa bangga dengan hubungan kitorang tu atau nak bangga sebab aku ada makwe ke.Aku rasa takut adalah.Aku takut kalau2 sampai cikgu2 tahu aku ada hubungan dengan dia.Semestinya siapa yang suka kalau orang bercinta masa baru je kenali dunia.Mak aku sendiri tak benarkan aku bercinta.Kalau boleh, mak aku nak aku berjaya dalam pelajaran dahulu barulah nak menggatal cari awek.Biasalah kalau orang cam aku ni mana ada nak dengar cakap orang.Dah ramai jugak yang dah nasihatkan aku.Degil betul aku ni,aku tetap teruskan hubungan yang semestinya terhalang.Kendian aku dikejutkan lagi dengan satu cerita yang sangat menyakitkan hati aku.Aku dapat tahu daripada rakan sekelas dia jugak.Kononnya aku nak tahu dia ni cam mana kat kelas.Orang tu bagitau aku yang dia ni agak tomboy sikit.Suka main kejar2 ngan budak lelaki.Menari 'shuffle' lah,apa masalah dia pun aku tak tahu.Terus aku marah dia cam2.Aku bukan apa,aku tak nak dia jadi tah hapa2 masa depan nanti.Nyaris2 aku nak 'clash' ngan dia.Dia apa lagi mintak maaf dengan aku dan kononnya mintak tolong ngan aku yang dia nak berubah.Aku rasa inilah peluang aku untuk bantu dia.Aku kesian tengok dia camtu.Memang aku sedih bila first time aku dengar benda tu semua.Dia sendiri pun mengakui kesalahan dia tu.
Aku memang tak sangka yang aku ni boleh bercinta dengan seseorang yang berbeza perangainya daripada aku.Pelik jugak taste aku ni.Mungkin benar cinta itu membutakan seseorang.Tapi teruk sangat aku buta ni.Biarlah semua itu terus berlaku.Tak kisahlah dia cam mana pun.Dia tetap teristimewa buat aku kerana dia.................
Saturday, November 21, 2009
My Love Story-Fourth
Posted by lonelyFOreVER at 11:58 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment