BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, November 15, 2009

My Love Story- Second

Aku rasa pelik jugak bila setiap kali aku datang waktu latihan, dia mesti panggil aku abang hensem sedangkan aku ni mana ada hensem sangat.Aku rasa aku ni lebih layak dipanggil abang tak hensem ke atau sama dengan perkataan tulah.Makin lama aku ada latihan dengan pasukan koir tu asyik2 dia panggil aku macam tu.Kadang2 rimas aku dibuatnya.Then selepas pertandingan tu,aku dengan berani nak tahu gak siapa yang orang yang selalu mengganggu aku.Aku try tanya kawan2 paling hampir dengan dia.Diorang cuma cakap nama dia 'DEAN'.Oh baru aku tahu nama dia.Kendian dia suruh kawan dia yang aku panggil'ECHAH' bagi surat kat aku.Dia bagi dia punya biodata dia kat aku.Macam2 jugak dia bagitau aku.Cam2 dia bagitau aku nama dia,kaler favourite dia dan alamat dia.Aku pun tanpa berfikir panjang pun balas surat dia sama dengan kandungan surat yang dia bagi.Percintaan kitorang agak pelik sebab zaman sekarang mana ada orang yang berhubung menggunakan surat.Kali pertama kitorang jumpa sembang depan2 time hari guru.Dia ditemani kawan2 dia ,mungkin dia takut dan malu nak jumpa aku kut.


Macam2 jugak kitorang sembangkan sampai tak sedar waktu balik.Bila aku bersama ngan dia macam ada semacam perasaan dalam hati aku.Walau pun sementara aku sembang nagan dia,aku rasa dia tak sama cam perempuan lain kat luar.Adakah aku yang mudah jatuh cinta pada seseorang yang seperti dia ni?Aku gak terasa hairan cam tak nak je balik hari tu.Sebelum kitorang balik,kitorang berjumpa dekat bawah sebatang pokok dekat dengan sekolah.Dekat situlah tempat kitorang akan jumpa setiap kali sebelum balik.Hari tu aku rasa aku ni terlalu berani sebab aku dah luahkan perasaan aku kat dia.Perasaan cinta aku kat dia.Aku kata kat dia dengan nada yang agak perlahan.Aku rasa memang tak percaya.Aku kata kat dia 'SAYA SUKAKAN AWAK'.Dia jugak mengaku bahawa dia dah jatuh cinta kat aku kali pertama dia nampak aku.Kononnya dia saja dulu nak menyakat aku dengan memanggil aku camtu namun semua tu aku buat dono je.Aku rasa memang tak percaya sebab cintaku dibalas.Aku rasa tersangat bahagia hari tu.Aku telah jatuh cinta!Tak mungkin.Saat tu aku tak pernah fikir banyak sebelum membuat keputusan.Bagus sangat ke dia tu kat aku?Mungkin jugak benar apa orang kata, mamat jiwang cam aku memang mudah jatuh cinta.Dari situlah bermula percintaan kitorang yang penuh dengan kenangan pahit,masam,manis dan masin.

0 comments: