Kadang tu aku pelik jugak macam mana aku boleh bercinta dengan dia,terutamanya orang macam dia tu.Memang kalau nak diikutkan,memang ramai orang kata yang aku ni memang tak sesuai dengan dia.Aku tak pernah peduli dengan apa orang nak kata.Suka hati akulah kalau aku nak bercinta dengan siapapun aku suka.Diorang takde hak nak halang aku.Kata dia,dia dah mula rasa perbezaan sekarang,kononnya dia dapat rasakan suatu perubahan dalam diri dia.Bolehlah aku rasa happy sebab dia nak berubah seperti cadangan aku tu.Aku memang tak sangka sebab dia nak berubah kerana aku.Aku rasa sedikit bertuah dapat seorang awek yang nak dengar cakap pakwe.Takl kisahlah apa orang nak kata asalkan aku happy.Hubungan kitorang dah kembali bersemi kembali seperti sedia kala.Macam2 hal kitorang terpaksa terima terutamanya aku.Aku tak faham macam2 masalah kitorang hadapi semasa kitorang bercinta ni.Adakah tuhan mahu menguji kitorang ataupun sebab kitorang bercinta tanpa izin.Ya aku tahu, kalau mak aku tahu terutamanya pasti dia marah giler kat aku.Mak sapa yang suka kalau tengok anak diorang bercinta masa muda ni.Kalau boleh diorang pastinya nak tengok anak diorang berjaya dalam pelajaran.Kadang2 tu aku rasa serba salah pulak kat mak aku tu.Kendian, kitorang sambung balik penghantaran surat.Kadang2 tu aku rasa tak sabar2 tunggu balasan surat daripada dia.Seronok sangat kalau dapat surat daripada dia.
Suatu perkara buruk berlaku lagi.Kali ni kitorang terpaksa berpisah.Memang aku tak sangka sebab aku terpaksa buat keputusan macam tu.Aku masih ingat lagi hari tu.Hari tu hari Jumaat.Masa tu aku tengah dok tulis surat untuk dia.Memang tanpa aku sedari mak aku masuk secara tiba2 kedalam bilik aku.Mak aku nampak segala-galanya.Mak aku nampak aku tengah syok tulis surat untuk aku bagi kat dia.Aku memang terkejut giler bila mak aku nampam apa yang aku tengah buat.Aku memang tak sempat nak sorokkan surat daripada mak aku.Ni semua berlaku sebab kelalaian aku sendiri.Sebelum ni, aku selalu cover dengan buku yang kononnya yang aku tengah ulang kaji pelajaran.Mungkin ini balasan bagi orang yang suka menipu terutamanya kat ibu sendiri.Aku memang tak tahu apa aku boleh buat time tu.Aku terima je segala kemarahan mak aku kat aku.Memang teruk aku kena marah dengan mak aku.Dia kata kat aku yang aku ni menjijikkan sebab bercinta masa aku budak2 lagi.Dia kata cinta muda ni hanyalah sia2,takde faedahnya dan menjijikkan buat aku.Aku memang tak dapat nak menahan segala kesedihan yang aku alami.Aku memang tak dapat nak fikir mana satu yang terbaik untuk aku.Dia atau mak aku.Memang aku bingung sangat nak fikir semua tu.Aku juga tak sampai hati nak 'clash' ngan dia.Tapi keadaan memaksa aku membuat keputusan.Aku terpaksa.Maafkan aku...........
Aku datang ke sekolah dalam keadaan yang sangat sedih.Aku ceritakan segalanya kat kawan2 aku.Diorang memang pendengar yang setia.Diorang tak menyalahkan aku 100 peratus.Aku nampak dia dengan kawan2 dia.Aku seolah-olah cuba menjauhkan diri aku daripada dia.Aku terpaksa.Kendian aku jumpa dia,aku bagi balik barang yang pernah dia bagi kat aku.Aku nampak raut wajah dia memang berbeza sangat.Mungkin dia faham kenapa aku pulangkan balik barang aku kat dia.Maafkan aku,aku terpaksa.Lama jugak mak aku asyik dok nak marahkan aku.Hampir seminggu mak aku asyik dok sebut benda yang sama kat aku.Boring jugak aku mendengarnya tapi nak buat cam mana, lagipun semua ni aku rasa semua kesalahan aku.So,aku kena tanggunglah semua tu.Aku rasa tak tenang beberapa hari,asyik dok fikir je masalah aku tu.Mungkin benar aku memang bersalah tentang semua hal.Aku dah lukakan hati mak aku kerana dia.Mak aku bagi tau hal ni kat semua akakku ngan abang aku.Malu aku dibuatnya.Akak aku ada bagi pesanan khas lagi kat aku.Aku rasa memang aku jelah yang bersalah.Aku ni memang menyusahkan orang lain je.Tak pernah nak buatkan mereka tersenyum.Aku memang tak tahu.........
Thursday, November 26, 2009
My Love Story-Fifth
Posted by lonelyFOreVER at 1:36 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment